Archive for the ‘RESTOREN-RESTOREN HPA’ Category

 

18, JALAN SETIAWANGSA 10
SETIAWANGSA BUSINESS PARK
54200 KUALA LUMPUR

NO. 47, TINGKAT BAWAH
JALAN MEDAN PUSAT 2D
PUSAT BANDAR BARU BANGI
SELANGOR DARUL EHSAN.

PERASMIAN RFC (RADIX FRIED CHICKEN) DI SEKSYEN 7, SHAH ALAM. SEMUA DIJEMPUT HADIR:

6 Februari 2012 – RADIX Fried Chicken Sdn Bhd (RFC), syarikat yang memperkenalkan restoran makanan segera pertama negara berkonsepkan ayam organik terus melebarkan empayarnya di seluruh Malaysia apabila memperuntukkan kira-kira RM3.6 juta bagi membuka enam lagi cawangan RFC.

Pengurus Operasinya, Ramlee Alang Ismail berkata, setakat ini pihaknya mempunyai 10 cawangan yang semuanya di negeri sebelah utara Malaysia dan kali ini pihaknya ingin meluaskan lagi rangkaiannya di Lembah Klang dan negeri lain di Semenanjung berikutan permintaan daripada pengguna.

Katanya, antara lokasi baru cawangan RFC adalah di Seksyen 7, Shah Alam, Sungai Buloh, Kuantan, Bangi dan Sungai Ara (Pulau Pinang) yang masing-masing bakal dibuka pada Februari sehingga April ini.

“Sejak RFC dibuka di Sungai Petani, Kedah pada 2008 kami menerima sambutan positif daripada orang ramai kerana RFC satu-satunya makanan segera yang menggunakan produk organik apabila dihasilkan dan diternak sendiri pihak kami bagi memastikan kualiti serta halal toyibban.

“Selain itu, permintaan untuk francais juga menggalakkan dan kami dalam proses mendapatkan lesen francais, malah ia diputuskan pada Mac atau April ini,” katanya kepada Bisnes Metro.

Menurutnya, bagi membuka satu cawangan RFC modal dianggarkan serendah RM600,000 namun ia bergantung pada saiz serta lokasi cawangan berkenaan dibuka dan kami memang memberi peluang kepada Bumiputera menjadi usahawan bersama RFC.

Ramlee berkata, pihaknya juga mempelbagaikan lagi menu di RFC dengan menambah nasi beriani, bubur dan sate kebab yang menggunakan ayam organik dengan harga hidangan dari RM7 hingga RM9.

Beliau berkata, pihaknya juga menyasar meningkatkan jualan RFC antara 25 dan 30 peratus tahun ini selain memberi tumpuan pada pasaran di Semenanjung sebelum menembusi pasaran Sabah dan Sarawak seterusnya ke peringkat global.

“Pada Mac ini juga kami membentuk pasukan jualan dan acara RFC apabila mereka bergerak ke sekolah, universiti dan setiap acara bagi memberi peluang kepada orang ramai merasai hidangan RFC. Ini secara tidak langsung memperkenalkan lagi RFC kepada umum.

“Paling penting kami mahu RFC menjadi jenama makanan segera yang menggunakan produk organik dan halal yang mampu memberi kesihatan selain dapat bersaing di pasaran. Kami juga sentiasa meningkatkan mutu perkhidmatan pelanggan,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Oleh Sri Ayu Kartikawati Amri
kartika@hmetro.com.my

RADIX PIZZA HOUSE, JAKARTA INDONESIA:


Radix Pizza House yang pertama di Jakarta Indonesia telah dibuka dengan rasminya oleh Pengarah Urusan HPA, Tuan Hj. Ismail Bin Ahmad pada 13/2/2011 bertempat di Ruko C’one Hotel Plaza, Jl. Letjen Suprapto No. 62, Cempaka Putih, JAKPUS.

Petikan dari akhbar republika : http://www.republika.co.id/berita/gaya-hidup/kuliner/11/03/15/169566-alhamdulillahada-restoran-pizza-muslim

Selasa, 15 Maret 2011, 15:00 WIB – JAKARTA—Bagi Anda seorang Muslim yang sangat menyukai makanan Eropa seperti pizza tetapi ragu akan kehalalan setiap bahan baku yang digunakan, kini tak perlu khawatir lagi karena kini tersedia restoran pizza Muslim di Jakarta.

Radix Pizza House, yang dibuka Ahad (13/3), mengklaim diri sebagai restoran pizza Muslim pertama di Indonesia. Restoran yang berlokasi di C’one Hotel Plaza, Jalan Letjen Suprapto, Cempaka Putih, Jakarta Pusat ini dipelopori oleh orang-orang yang memperjuangkan makanan halal bagi umat Muslim Indonesia.

SALAH SATU HIDANGAN DI RADIX PIZZA HOUSE

 

“Seperti slogan kami, ‘Produk Halal Tanggung Jawab Bersama’, itu yang menjadi dasar pendirian restoran ini. Kami juga ingin membantu umat Muslim untuk mendapatkan makanan berkualitas, nikmat dan halal tentunya.” Tutur Tata Saputra, Direktur Utama PT Radix Indonesia.

Ia mengatakan yang membedakan pizza buatan restorannya adalah penggunaan bahan-bahannya. Setiap bahan yang digunakan berasal dari Indonesia dan telah memiliki sertifikat Halal dari MUI. “Insya Allah akan menghilangkan keraguan umat Muslim dalam mengkonsumsinya.”

Menu utama restoran ini adalah pizza, yang tersedia dalam tujuh varian: Radix Vaganza, Great Seafood, Spicy Tuna, Sesame Seed, Double Smoked Beef, Double Deluxe Cheese dan Beef Onion.

Kisaran harga di restoran ini cukup terjangkau. Untuk menu pembuka mulai dari Rp 8500 hingga Rp 31.000. Sedangkan untuk pizza ukuran sedang (enam potong) seharga Rp 45.000 hingga Rp 55.000 dan untuk ukuran besar (delapan potong) Rp 65.000 hingga Rp 75.000. Harga yang ditawarkan Radix Pizza House sedikit lebih rendah dibandingkan pesaing guna menarik minat kaum Muslim.

RFC IPOH KINI DIBUKA

Posted: March 4, 2011 in RESTOREN-RESTOREN HPA

RFC IPOH KINI DIBUKA:

RFC Ipoh telah beroperasi pada 28hb. Februari, 2011 di alamat No. 13, Bangunan Komas, Jalan Keledang Raya 22, Taman Alkaf, 30100 Ipoh, Perak.

 

RFC KUALA TERENGGANU BEROPERASI 2 DISEMBER 2010:

 

 

RFC KUALA TERENGGANU
LOT 4232(G/F) WISMA CHU KEE
OFF JLN SULTAN ISMAIL/JLN TOK LAM
20200 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU DARUL IMAN
TEL: 09-6309527 FAKS: 09-6409528
(Belakang Stadium Kuala Terengganu)