Archive for the ‘SINERGI HERBA’ Category

Fibroid adalah ketumbuhan biasa atau benign (bukan kanser) yang terdapat di dalam uterus/rahim wanita yang berusia sekitar 30 hingga 40-an. Ia merupakan salah satu ketumbuhan yang biasa terjadi kepada wanita semasa tahun-tahun kesuburan mereka.

Biarpun begitu ia boleh tumbuh di lain-lain organ yang mengandungi sel-sel otot licin. Fibroid adalah tumor pejal yang terjadi daripada tisu-tisu fiber di mana dari situlah ia mendapat namanya.

Lazimnya, fibroid tercetus sebagai ketumbuhan dan membesar secara perlahan-lahan, selalunya tanpa simptom. Malah kedudukan fibroid yang boleh menyebabkan kemandulan ini, telah mencetuskan kontroversi kerana ketumbuhan ini merupakan penyebab utama bagi pembedahan histerektomi iaitu pembedahan mengeluarkan fibroid dan rahim.

Fibroid bagaikan sudah menjadi lumrah bagi wanita, biarpun tidak berbahaya namun risikonya tetap ada. Bunyi lucu tetapi serius. Kata-kata yang dihamburkan doktor pakar membuat sesiapa sahaja yang mendengarnya tersenyum.

Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur, Dr. Salleh Mohd. Yatim memberitahu, justeru wanita tidak perlu bimbang kecuali jika ia mendatangkan masalah kepada mereka. “Bagaimanapun apabila ia memberi masalah, mereka perlu berjumpa doktor dengan segera untuk pemeriksaan dan rawatan selanjutnya,” ujarnya.

Menurutnya, ramai wanita tidak menyedari bahawa mereka mempunyai fibroid di dalam rahim atau ovari kerana tumor itu lazimnya tidak membesar sebaliknya mengecut apabila wanita itu mencapai usia menopaus.

Beliau bagaimanapun mengingatkan, terdapat kes-kes ketumbuhan fibroid yang memudaratkan apabila tumbesarannya berlaku dengan begitu pantas. Dari sekelumit kutil ia boleh membesar sehingga 50 paun dan rekod fibroid terbesar dikeluarkan di dunia adalah 140 paun!

Dr. Salleh berkata, ini menyebabkan ramai pesakit tidak menyedari mereka mempunyai ketumbuhan dalam rahim kerana kebanyakan fibroid hampir sifar simptom.

Tambahnya, jika fibroid begitu cepat membesar dan boleh menghinggap atau melekat pada organ-organ lain, ketika itulah ia mengundang kemudaratan. Ia turut membawa kesengsaraan lain bagi pesakit.

Dr. Salleh berkata, lazimnya mereka yang tidak pernah mengandung, gemuk, berkulit hitam, mempunyai risiko untuk mendapat fibroid. Bagaimanapun tiada sebab-sebab tertentu seseorang itu boleh mendapat fibroid. Hanya sekitar 25 peratus sahaja pesakit fibroid yang mengalami simptom-simptom.

“Ini termasuklah mereka yang mengalami pendarahan haid yang banyak, sakit sewaktu hubungan kelamin, kemandulan mahupun masalah dubur yang disebabkan oleh tekanan akibat daripada ketumbuhan fibroid ini,” jelas beliau.

Bagi wanita mengandung pula, fibroid boleh menyebabkan komplikasi termasuk keguguran, sakit bersalin sebelum waktunya dan kesakitan akibat daripada infarksi yang berpunca daripada kekurangan bekalan darah atau menyebabkan kedudukan bayi tidak normal dan terpaksa menjalani pembedahan Caesarean semasa bersalin.

Biarpun amat jarang berlaku, fibroid boleh berubah keadaannya dengan menjadi malignan, apabila ia cukup besar mahupun membesar dengan cepatnya.

Wanita perlu menjalani ujian pap smear secara berkala untuk mengesan kanser servik dan fibroid. Fibroid yang aktif dan cepat membesar juga berbahaya bagi wanita. (Utusan Online)

TERAPI HERBA HPA – Masalah fibroid boleh dapatkan produk:

  1. Fisalin B
  2. Omega 3 Softgel
  3. Radix Kapsul
  4. Madu Asli
  5. EPO
  6. Kopi Radix
  7. Sinergi Herba Curcumin & IMT.

Perubatan Jawi juga mempunyai pengalaman yang sangat berharga untuk perawatan fibroid. Daripada beberapa sampel yang dijadikan “kajian kes”, menunjukan fibroid dapat diubati dengan begitu cepat. Herba yang digunakan ialah terdiri daripada:-

  1. Pokok Bonghai -Thai (sejenis ubi kayu yang tumbuh di bukit) (100 gm)
  2. Pokok Tong Plin -Thai (halban akar) (100 gm)
  3. Pokok larak pisang (50 gm)

Dijadikan ubat periuk rebusan (mendidih-45 minit) diambil 5 kali sehari (secawan lompang). Ramuan ini telah berjaya mengelakkan pesakit dari dibedah. InsyaAllah.

* nama dalam bahasa Thailand . (Jawimedherb)

Advertisements

BUASIR (HAEMORRHOIDS):

Buasir atau haemorrhoids adalah pembengkakkan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau ‘memberi’ dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.

Buasir terbahagi kepada 2 iaitu Buasir Dalaman & Buasir Luaran:

Buasir Dalaman lazimnya tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.

Buasir Luaran pula mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi didalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.

Di antara penyebab utama buasir ialah sentiasa duduk, meneran (ketika najis keras atau sembelit), cirit-birit, duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama, batuk yang teruk, bersalin dan mengangkat berat.

TERAPI HERBA HPA UNTUK BUASIR:

Herba FICUS adalah salah satu produk HPA yang berkesan untuk buasir. Ia dibuat daripada sejenis herba yang dikenali sebagai pokok Tengkok Biawak ataupun Ficus Calicarpa. Dilihat dari bentuk batangnya mengambarkan juga seperti usus orang yang buasir.

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM16.00
Sabah & Sarawak: RM18.00

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM20.00
Sabah & Sarawak: RM22.00

Nilai Mata (NM): 8


Herba ini bersifat astringen iaitu mengecutkan dan bahagian yang berkesan untuk rawatan buasir daripada getahnya yang berwarna merah. Sebaiknya dibuka kapsul dengan dos 5 biji 3 kali sehari (5×3) dan dibancuh dengan air panas segelas dan diminum ketika perut kosong. Kalau ada ketulan yang menyakitkan di luar boleh gunakan Bedak Delima (biji), bancuh dan sapu di bahagian tersebut. Sebagai tambahan boleh juga disinergikan dengan Minyak But-But (sapu di bahagian bonjolan), Teh Asiatica Plus, Coscinium Plus dan Malac.

Dalam masa yang dekat ketulan akan menjadi kecut, InsyaAllah.

KHASIAT BUAH KURMA

Buah Kurma atau dates secara saintifiknya dikenali sebagai Phoenix Dactylifera L. Kurma mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Buah ini membekalkan gula asli di dalam bentuk glukosa dan fruktosa. Gula ini yang lebih baik daripada gula tebu. Kurma kering umumnya mengandungi 60% zat gula, 2.5% zat minyak dan 33% garam. Kurma juga mengandungi protein dan pelbagai vitamin seperti vitamin A, B1, B2 dan C, termasuk zat besi, sodium, potassium, niasin, kapur, fosforus, belerang, kalium, magnesium, kalsium, manggaan dan tembaga. Kurma juga merupakan jenis makanan berserat tinggi serta bernilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional.

Kurma dipercayai berasal dari kawasan Teluk Parsi atau Mesopotamia. Namun kini kurma telah dikelaskan sebagai salah satu tanaman standard dalam pertanian dunia dan telah banyak ditanam di Arab Saudi, Mesir, Iran, Iraq, Sepanyol dan kawasan-kawasan sekitarnya. Kini terdapat lebih daripada 600 jenis kurma. Di antaranya ialah Khalas, Zaghoul, Khuneizi, Hilali, Howaiz, Naghal, Majool, Saidy, Hayany, Deglet Noor, Thoory, Ruzeiz, Jaberi Fardh dan sebagainya yang mempunyai pelbagai warna, rasa, kemanisan, keasidan dan teksturnya.

Firman Allah dalam Surah Maryam ayat 25 yang bermaksud “Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak, maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merungsingkan”.

Rasulullah juga pernah bersabda, “Beri makan buah tamar kepada isteri-isteri kamu yang hamil dan barang siapa yang memakan buah tamar tersebut semasa hamilnya, maka anak yang akan lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar dan bersopan- santun kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa AS adalah buah tamar. Sekiranya Allah ada menjadikan sesuatu buah yang lebih baik daripada tamar sudah tentu Allah telah memberikan (kepada Siti Maryam)”.

Dalam satu lagi riwayat daripada Abdullah Bin Jaafar katanya, “aku melihat Rasulullah s.a.w. memakan buah-buahan dengan kurma masak”. Rasulullah s.a.w. juga telah menyebut tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud, “sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘ajwah’, dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu”.

Kajian para saintis serta pakar pemakanan menunjukan bahawa kurma mempunyai khasiat yang sangat tinggi. Mengikut kajian Dr.Mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku Tempoh mengandung dari segi perubatan, fiqhiyah dan perundangan, hasil kajiannya menunjukkan kurma terutamanya dalam bentuk jus dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.

Kajian Profesor Madya Aisyah Mohd Zain Pensyarah Fakulti Sains dan Bioteknologi Universiti Putra Malaysia, menunjukkan bahawa kurma dalam bentuk jus membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawas. Di samping menambah tenaga seksual, kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut.

Mengikut hasil kajian Ahli Sains Mesir telah terbukti khasiat kurma dalam membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan serta mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak. Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah dan menghindari dari penyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati, dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran.

Tidak sahaja buah kurma, umbut dari pokok kurma juga boleh dijadikan makanan dan ia juga mempunyai khasiat yang tersendiri.

Kurma berkesan untuk merawat dan mengubati pelbagai masalah di dalam sistem tubuh badan manusia seperti gangguan usus yang kronik yang berlaku akibat ketidakserasian dengan gluten yang menghalang penyerapan zat-zat makanan dengan lebih sempurna. Selain daripada gangguan usus, kurma juga berkesan untuk mengatasi masalah sembelit. Kurma mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Tindakbalas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan. Di Malaysia kebiasaannya kurma dimakan semasa bulan Ramadhan.

Buah kurma mempunyai zat besi yang tinggi dan sangat diperlukan oleh tubuh badan. Bagaimanapun kurma tidak sesuai diamalkan oleh mereka yang mengidap penyakit buah pinggang dan thalasemia kerana kandungan zat besi dalam kurma yang begitu tinggi.  Memberi buah kurma pada pesakit buah pinggang dan thalasemia akan menjadi penyakit semakin parah. Wanita lepas bersalin elok memakan buah kurma bagi mengatasi masalah kekurangan darah, untuk bekalan zat besi dan kalsium. Kurma jugalah satu-satunya buah yang bersifat alkali yang dapat membersihkan tubuh daripada asid yang berlebihan, yang dipanggil asidosis.

Bagi orang sihat, kurangkan makan nasi dan gantikan dengan buah kurma dalam diet harian. Ia terbukti meningkatkan tenaga/stamina serta mengawal berat badan bagi mengelakkan obesiti. Jangan lupa mengambil 7 butir kurma sehari, mudah-mudahan terhindar dari serangan jantung. Amin.

HPA TELAH MENGELUARKAN BEBERAPA PRODUK KURMA YANG BERMUTU TINGGI IAITU DALAM BENTUK BUAH KURMA MARIAMI DAN KORDIAL YANG MENGGUNAKAN GULA PERANG DAN YANG DISINERGIKAN DENGAN HERBA-HERBA HPA;

KURMA MARIAMI;

KURMA MARIAMI HPA

HARGA PENGEDAR HPA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM12.00
SABAH & SARAWAK: RM14.00

HARGA PENGGUNA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM14.00
SABAH & SARAWAK: RM16.00

NILAI MATA (NM): 2

KORDIAL KURMA MADU;

KORDIAL KURMA MADI + GULA PERANG;

KORDIAL RADIX SAHARA;

KORDIAL RADIX SAHARA DIHASILKAN DARIPADA KORDIAL KURMA YANG DISINERGIKAN DENGAN HERBA RADIX YANG MEMBANTU MEMBERI TENAGA SEPANJANG HARI. DI ANTARA HERBA-HERBA YANG DIGUNAKAN IALAH;

  1. TONGKAT ALI – AFRODISIAK UNTUK MEMBERI TENAGA SEGERA,
  2. MATA PELANDUK – MEMBERIKAN KESAN DIURETIK,
  3. TEJA LAWANG – KARMINATIF IAITU PENGIMBANG ANGIN,
  4. TEBU GAJAH – ANTIDOT UNTUK MENGHILANGKAN KERACUNAN,
  5. MENGKUDU HUTAN – LAXATIF UNTUK MERAWAT SISTEM PENGHADAMAN,
  6. HALBAN – IMUNITI UNTUK MENJAGA IMUNITI DAN STAMINA TUBUH,
  7. LARAK HUTAN – KARDIOTONIK UNTUK MEMPERBANYAKKAN SUSU IBU.

PRODUK INI DICAMPUR DENGAN MADU KERANA MADU BERTINDAK SEBAGAI PEMANGKIN UNTUK MENINGKATKAN KEKUATAN SESUATU HERBA.


HARGA PENGEDAR HPA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM15.00
SABAH & SARAWAK: RM17.00

HARGA PENGGUNA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM18.00
SABAH & SARAWAK: RM20.00

NILAI MATA (NM): 4

(Sumber: Jawiherbshop, duniaherbahpa,wikipedia)

PLANTISOL

Posted: December 14, 2009 in PRODUK KAPSUL & SOFTGEL, SINERGI HERBA

BAHAN AKTIF PLANTISOL YANG TERDAPAT DI DALAM RAMUAN INI BERFUNGSI UNTUK MENURUNKAN PARAS GLUKOS DI DALAM DARAH (HIPOGLICEMIA) SERTA BERTINDAK UNTUK MERANGSANGKAN PENGELUARAN INSULIN OLEH PANKREAS.

PLANTISOL DIHASILKAN DARIPADA BENALU YANG TELAH MATANG YANG TUMBUH DI ATAS POHON JERING (DAUN MENJADI KUNING). IA BERFUNGSI UNTUK:

  1. MENURUNKAN GLUKOS DI SAMPING MENGAKTIFKAN SEMULA FUNGSI PANKREAS
  2. SUMBER TENAGA ALAMI
  3. UKURAN DOS MENGIKUT NISBAH TENAGA YANG DIPEROLEHI DARIPADA PLANTISOL
  4. MENGANDUNGI SUSUPAN GULA ALAMI (SAKARIN) DARIPADA HERBA
  5. BENALU MENGELUARKAN SEJENIS KIMIA YANG MEMATIKAN POHON TUMPANGNYA (PARASIT). IA BERKESAN SEBAGAI UBATAN ANTI KANSER. BAHAN AKTIF INI HANYA MUNCUL APABILA KAPSUL DIBUKA DAN DITUANGKAN AIR PANAS
  6. PENGGANTIAN KEPADA SHARK CARTILAGE SEBAGAI ANTI KANSER

PENGGUNAAN PLANTISOL KEPADA PENDERITA KENCING MANIS ADALAH SEPERTI BERIKUT:

  • KENCING MANIS DI TAHAP AWAL (GULA DALAM DARAH) – AMALKAN PLANTISOL 2 KAPSUL PAGI DAN 2 KAPSUL MALAM SEBELUM MAKAN. MINUM SEKURANG-KURANGNYA 2 GELAS MINUMAN HERBA SETIAP HARI
  • BAGI PENDERITA YANG SERING LEMAH – AMALKAN PLANTISOL BERSAMA SPIRULINA
  • BAGI PENDERITA YANG MENGALAMI GANGREN – DISARANKAN MENGGUNAKAN MINUMAN HERBA 8 UNCANG SEHARI, HAMPAS (UNCANG) DISAPUKAN KE BAHAGIAN LUKA
  • AMALAN HERBA REBUSAN TISOL K BERSAMA PLANTISOL AKAN MEMPERCEPATKAN PEMULIHAN BAGI YANG KRONIK
  • PENDERITA KENCING MANIS YANG JUGA MENGALAMI GINJAL ROSAK DAN DARAH TINGGI DICADANGKAN MENGAMALKAN MALAC (DEURATIK)

KOMPOSISI – 75 BIJI PER BOTOL

BARRINTOGA RACEMOSA – 108MG
PITHECELLOBIUM JIRINGA – 108MG
TETRA INDICA – 27MG
TINOSPORA CRISPA – 13MG
ANDROGRAPHIS PANICULATA – 14MG

HARGA PENGEDAR HPA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM16.00
SABAH & SARAWAK: RM18.00

HARGA PENGGUNA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM20.00
SABAH & SARAWAK: RM22.00

NILAI MATA (NM): 8

PAUTAN:

  1. KENCING MANIS & PERAWATANNYA
  2. PORK MIXTRAD 30 & DAUN BONGOR
  3. PENYAKIT KENCING MANIS
  4. GANGREN PESAKIT KENCING MANIS
  5. MADU & KENCING MANIS

PRODUK YANG MENGGUNAKAN HERBA HIBISCUS SABDARIFFA MERUPAKAN TUMBUHAN YANG MEMPUNYAI KANDUNGAN VITAMIN C YANG TINGGI DAN MELEBIHI DARIPADA FAMILI LIMAU (CITRUS).

ROSELLE KAPSUL AMAT BERKHASIAT UNTUK SEGENAP LAPISAN UMUR KHUSUS UNTUK PROSES PE NJAGAAN KESIHATAN DAN SEBAGAI PENCEGAH KUMAN ATAU VIRUS YANG MENYERANG TUBUH BADAN MANUSIA.

KHASIAT:

ANTI PENUAAN (ANTI AGING) – DARIPADA KAJIAN PAKAR PEMAKANAN KESIHATAN, ROSELLE YANG MEMPUNYAI VITAMIN C DAN BERSERAT AKAN MELAMBATKAN PROSES PENUAAN DAN MENCEGAH BERLAKUNYA PENYAKIT KRONIK. KEUPAYAANNYA MEMINIMAKAN KEROSAKAN YANG DIMUSNAHKAN OLEH RADIKAL BEBAS MERUPAKAN SEBAB UTAMA SESEORANG YANG MENGAMALKAN ROSELLE AKAN KELIHATAN MUDA DAN BERSERI WAJAHNYA.

PENCEGAHAN PENYAKIT KARDIOVASKULAR – SAKIT JANTUNG MERUPAKAN PEMBUNUH NOMBOR 1 DI DUNIA DAN DIANGGAP SEBAGAI ‘SILENT KILLER’. KEADAAN OKSIDASI JUGA AKAN MENYEBABKAN KADAR LDL AKAN MENINGKAT DAN MENYEBABKAN ARTERI TERSUMBAT. PENGAMALAN ROSELLE AKAN MEMBANTU MENCEGAH KETEBALAN LDL DI ARTERI DAN SEKALI GUS MENGELAKKAN TERJADINYA PENYAKIT TEKANAN DARAH TINGGI.

PENCEGAH KANSER – DUNIA KINI YANG TERDEDAH KEPADA PENCEMARAN UDARA, MAKANAN DAN MINUMAN MERUPAKAN PUNCA UTAMA KEPADA TERJADINYA KANSER. VITAMIN C DAN SERAT YANG TINGGI YANG TERDAPAT DI DALAM ROSELLE MAMPU UNTUK BERTINDAK SEBAGAI ANTIOKSIDAN DAN SEBAGAI ANTI KANSER.

DEMAM PANAS/SELSEMA – ROSELLE AMAT BAIK UNTUK MEREKA YANG SERING MENGHADAPI MASALAH SELSEMA DAN SEBAGAI PEMAKANAN KESIHATAN YANG UTAMA KEPADA MEREKA YANG MENGHADAPI MASALAH DEMAM.

RESDUNG (ALRGI) & LELAH (ASMA) – PENGAMBILAN ROSELLE DAN COSCINIUM PLUS ADALAH DUA GABUNGAN YANG TERBAIK KEPADA PEMASALAHAN INI.

STRESS ATAU SUKAR TIDUR (INSOMNIA) – BAGI MEREKA YANG MENGHADAPI MASALAH STRESS DICADANGKAN MENGAMBIL ROSELLE KERANA IA AKAN BERTINDAK MENURUNKAN SUHU BADAN DAN MEMPENGARUHI MOOD PESAKIT. ROSELLE JUGA AMAT BAIK UNTUK MASALAH TIDUR BERDENGKUR.

MASALAH LAIN – AMAT BAIK UNTUK MEREKA YANG JUGA MENGHADAPI LUKA LUAR DAN DALAM, PENYAKIT KULIT/KUDIS, PENENANG DAN SEBAGAINYA.

KOMPOSISI: 75 BIJI PER BOTOL

  • HIBISCUS SABDARIFFA (270MG)

AMALKAN 2 KAPSUL PADA WAKTU PAGI DAN MALAM.

HARGA PENGEDAR HPA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM16.00
SABAH & SARAWAK: RM18.00

HARGA PENGGUNA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM20.00
SABAH & SARAWAK: RM22.00

NILAI MATA (NM): 8

VITEX

Posted: November 29, 2009 in PRODUK KAPSUL & SOFTGEL, SINERGI HERBA

VITEX BERKHASIAT UNTUK MENURUNKAN TEKANAN DARAH TINGGI DAN MENJADIKANNYA NORMAL SEMULA.

TANDA-TANDA AWAL HIPERTENSI DAPAT DIKETAHUI DENGAN GEJALA-GEJALA BERIKUT:

  1. SAKIT BAHAGIAN KEPALA
  2. MATA MERAH DAN BERAIR
  3. KESEMUTAN DI KAKI DAN TANGAN
  4. TERASA SAKIT DAN TEGANG DI BAHAGIAN TENGKUK

SEKIRANYA TIDAK DIATASI TANDA-TANDA AWAL TERSEBUT MAKA PESAKIT AKAN MENGAHDAPI MASALAH-MASALAH BERIKUT PULA;

  • STROK ATAU LUMPUH PADA KAKI DAN TANGAN
  • RABUN HINGGA MENGAKIBATKAN BUTA
  • PECAH DI BAHAGIAN PEMBULUH DARAH (CVA) HINGGA MENGAKIBATKAN KOMA, GANGGUAN SARAF DAN LUMPUH
  • LEMAH JANTUNG
  • GINJAL MENJADI ROSAK DAN GAGAL BERFUNGSI

KOMPOSISI: 75 BIJI PER BOTOL

TETRA INDICA – 108MG
VITEX PUBESCENS – 54MG
MICROMELUM PUBESCENS – 54MG
TINOSPORA CRISPA – 27MG
PHYSALIS MINIMA – 27MG

DOS: AMALKAN 2 KAPSUL PAGI DAN 1 KAPSUL MALAM. SANGAT BAIK DISINERGIKAN DENGAN MINUMAN HERBA DAN HERBA PELAWAS

HARGA PENGEDAR HPA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM16.00
SABAH & SARAWAK: RM18.00

HARGA PENGGUNA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM20.00
SABAH & SARAWAK: RM22.00

NILAI MATA (NM): 8

(SUMBER: jawiherbshop.blogspot.com – Produk HPA Vitex digunakan sebagai ubat darah tinggi. Bahan utama produk ini ialah pokok patawali/seruntun-utara/brotowali-ind yang mengandungi satu bahan aktif yang dikenali sebagai palmatin. Daripada kajian didapati palmatin bertindak menurunkan tekanan darah tinggi dan selamat digunakan.

Bagi mendapat keberkesanan yang lebih dicadangkan pengambilannya seperti dibawah:-

  • Vitex – 3 biji 3 kali sehari (3 x 3)
  • Omega 3 Softgel – 3 x 3
  • Teh Herba – 1 hari 2 uncang/sachet
  • VCO – 2 x 3

Sinergi ini bukan sahaja bertindak menurunkan darah tinggi tetapi memberikan tenaga pada pesakit. Penggunaan lebih dari 3 bulan, InsyaAlah boleh meninggalkan ubatan kimia (kena lihat bacaan darah dari masa kesemasa).

RADIX KAPSUL

Posted: November 29, 2009 in PRODUK KAPSUL & SOFTGEL, SINERGI HERBA

PRODUK INI MENGGUNAKAN BAHAN UTAMA EURYCOMA LONGFOLIA (TONGKAT ALI) YANG BERSAIZ BESAR. PRODUK INI SESUAI DIAMALKAN OLEH SEMUA PERINGKAT UMUR DAN JANTINA. RADIX DAPAT MERANGSANG PROSES BIOSYNTESIS TERHADAP HORMON ENDROGEN KHUSUS UNTUK LELAKI DAN ESTROGEN KHUSUS UNTUK WANITA.

RADIX YANG MENGANDUNGI PELBAGAI HERBA INI AMAT BAIK UNTUK LELAKI YANG MENGHADAPI MASALAH LEMAH TENAGA BATIN (APHRODISIAC). SATU KAJIAN MENUNJUKKAN KEPEKATAN SPERMA LELAKI AKAN BERTAMBAH KHUSUS BAGI LELAKI YANG MENGHADAPI MASALAH SPERMA CAIR. FLAVANOID YANG TERDAPAT DI DALAM RADIX BERFUNGSI SEBAGAI ANTIOKSIDAN, ANTI VIRUS, ANTI PERADANGAN DAN ANTI KERACUNAN.

RADIX TERGOLONG DI DALAM KATEGORI HERBA DEURATIK YANG MEMBANTU MEMPERBANYAKKAN PENGELUARAN URIN DAN MEMBAIKI GINJAL. RADIX JUGA BERTINDAK MEMPERNGARUHI METABOLISMA KALOGEN BAGI MEMPERBAIKI TENDON, LIGAMEN, RAWAN DAN SENDI YANG ROSAK AKIBAT GHOUT, ARTHRITIS DAN REUMATIK. RADIX BERSAMA-SAMA MINYAK BUT-BUT AMAT SESUAI UNTUK MEREKA YANG MENGHADAPI PERMASALAHAN IKATAN SILANG KALOGEN PADA SENDI. MEREKA YANG MENGHADAPI PATAH TULANG ATAU TERSELIUH DAPAT MENGATASINYA DALAM MASA YANG SINGKAT.

BAGI MEREKA YANG DEMAM DI PERINGKAT AWAL, GUNAKAN RADIX DAN MALAC.

FLAVANOID DALAM RADIX AMAT SESUAI UNTUK MENGATASI PENYAKIT SEPERTI ASMA SEKIRANYA DISINERGIKAN DENGAN HERBA PELAWAS.

RADIX JUGA BETTINDAK SEBAGAI KARMINATIF (PENOLAK ANGIN) AMAT BAIK UNTUK MEREKA YANG MENGHADAPI GASTRIK DAN ULSER.

RADIX BAIK UNTUK KESEIMBANGAN HORMON WANITA AGAR TIDAK DINGIN KETIKA BERSAMA SUAMI.

KOMPOSISI: 75 BIJI PER BOTOL

  • ARDISIA CRISPA – 81MG
  • CINNAMOMUM INERS – 54MG
  • MORINDA ELIPTICA – 54MG
  • EURYCOMA LONGIFOLIA – 27MG
  • SMILAX MYOSITIFLORA – 13.5MG
  • ALYXIA REINWARDTII – 13.5MG
  • FREYCINETIA MALACCENCIS – 13.5MG

DOA: 2 KAPSUL MALAM 2 KAPSUL PAGI

HARGA PENGEDAR HPA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM16.00
SABAH & SARAWAK: RM18.00

HARGA PENGGUNA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM20.00
SABAH & SARAWAK: RM22.00

NILAI MATA (NM): 8

 

(SUMBER: jawiherbshop.blogspot.com – Tn. Hj. Ismail Bin Ahmad menulis – saya rasa terpanggil untuk bersama berkongsi maklumat dengan masalah yang sedang jenuh diperkatakan di media masakini. Masalah “lelaki” yang menjadi “wanita” dan sebaliknya. Majlis Fatwa telah memutuskan bahawa gejala ini merupakan satu lencongan daripada syariat Islam yang akan mendapat laknat daripada Allah.

Pada tahun 1997 dalam program HPA di Terengganu dan dalam sesi testimoni, seorang lelaki telah membuat pengakuan bahawa dia pernah menukarkan imejnya menjadi seorang perempuan. Perasaan ini wujud bukan pada zahirnya sahaja tetapi ia juga mempunyai nafsu kepada lelaki.

Kemudian beliau menyatakan “Dengan Izin Allah” selepas ia mengamalkan Kapsul Radix, perasaan itu lama-kelamaan hilang dan dia benar-benar bertaubat dan insaf dengan peristiwa itu. Di sini saya mengambil kesempatan kepada semua golongan lelaki yang mempunyai masalah bagitu marilah mencubanya dengan kopi radix, mudah-mudahan akan kembali normal.

Jika keadaan wanita pula yang bertukar menjadi lelaki, saya mencadangkan Teh Manjakani untuk dijadikan amalan seharian kerana manjakani dan kacip fatimah mempunyai pytoestrogen untuk wanita menjadi kekal kewanitaannya. Lebih-lebih lagi terdapat amalan wirid al ma’thurat yang diamalkan oleh warga HPA. InsyaAllah).