PBC

PERKONGSIAN BIJAK CEMERLANG (PBC): KURSUS USAHAWAN HPA

FAKTA

  1. KURSUS PBC 2 HARI 1 MALAM
  2. BAYARAN ANTARA RM100 – RM180.00 ( MENGIKUT KEADAAN TEMPAT KURSUS)

PBC DAN KEISTIMEWAANNYA

  1. MEMBINA KEYAKINAN DIRI UNTUK MENJADI USAHAWAN HERBALIS MLM YANG CEMERLANG.
  2. DAPAT MENGUASAI SEGALA ILMU DAN KEMAHIRAN DALAM BIDANG KEUSAHAWANAN MLM. AGAR DAPAT MERANCANG, MENGURUS DAN BERTINDAK MENGIKUT PLAN YANG DISEDIAKAN BAGI MENJURUS KEPADA BONUS 5 ANGKA SEBULAN.
  3. MEMUPUK DAN MENERAPKAN KEKUATAN ROHANI BAGI MEMBENTUK JATI DIRI SEBAGAI USAHAWAN YANG BERTAQWA.
  4. MELAHIRKAN USAHAWAN YANG TAHAN LASAK, TABAH, BERDISIPLIN DAN MAMPU MENJADI PEMIMPIN JARINGAN YANG HEBAT.

APAKAH PROGRAM PERKONGSIAN BIJAK CEMERLANG (PBC)?

Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) merupakan keistimewaan pelan pemasaran HPA. Ia diperkenalkan oleh HPA Industries Sdn. Bhd. melalui cetusan idea/kajian daripada pengedar-pengedar yang telah berjaya memperolehi pendapatan lumayan melalui syarikat HPA.

Pelan pemasaran ini diperkenalkan bertujuan supaya pengedar-pengedar HPA memperolehi pendapatan lumayan dalam masa yang singkat. Menjana pendapatan 5 angka dalam masa 5 bulan dengan produk-produk halal & suci HPA. Ketahui pelan pemasaran Perkongsian Bijak Cemerlang HPA dengan ‘product killer’ kami iaitu Kopi Pra-campuran Radix serta beratus-ratus produk lain yang merangkumi produk keperluan harian, ubatan berasaskan herba, kosmetik, makanan kesihatan, makanan & minuman dll.

Berbeza dengan plan pemasaran syarikat lain, Program Perkongsian Bijak Cemerlang ini menyediakan seberapa banyak maklumat dan bimbingan yang secukupnya kepada pengedar-pengedar melalui program-program yang dianjurkan dengan percuma!Anda pasti terpegun dengan pelbagai pengetahuan herba kami. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Rebutlah untuk menjadi usahawan muslim yang berjaya. InsyaALLAH.
MENGAPA PERLU SERTAI PBC?
  1. Modul program yang menarik dan berkesan.
  2. Mempelajari ilmu-ilmu herba HPA, kaedah perawatan perubatan JAWI dan ilahiah, kaedah asas diagnos penyakit melalui saraf tapak tangan, maklumat halal haram dalam pemakanan dan sebagainya.
  3. Menjadi ahli HPA yang berkualiti dan berilmu.
  4. Mempelajari ilmu MLM dengan lebih mendalam daripada Usahawan HPA yang telah berjaya.
  5. Khusus untuk mereka yang mencari-cari suatu perniagaan yang mudah, selamat, berasaskan Syariah dan menguntungkan.
  6. Bimbingan dan tunjuk ajar oleh Usahawan dan Herbalis HPA yang berjaya.
  7. Dapat berkongsi rahsia kejayaan oleh bekas-bekas peserta PBC.
  8. Dapat mengetahui bagaimana untuk menjana pendapatan 5 angka dalam masa 5 bulan melalui plan pemasaran era baru HPA.
  9. Peserta terdiri daripada pelbagai lapisan dan latarbelakang pekerjaan termasuk golongan professional yang ingin menempa nama sebagai Usahawan HPA.
  10. Automatik mendapat pangkat pertama dalam HPA iaitu Pengurus Melati atau PLX (20% kekal) tanpa melakukan penajaan.
  11. Tidak perlu lagi melakukan pembelian terkumpul 1501NM dan melakukan penajaan untuk mendapat pangkat pertama Pengurus Melati (PLX).
  12. PBC sebagai satu kaedah mendapat pangkat yang tertinggi di dalam pelan pemasaran HPA tertakluk kepada syarat-syaratnya.

MODUL-MODUL PBC

  1. Kenali Syarikat.
  2. Asas Plan Pemasaran MLM Syariah HPA.
  3. Bagaimana Nak Berjaya – Gerak Kerja 6M.
  4. Eagle Eyes Sponsoring.
  5. Malam Bintang-Bintang.
  6. Pelan Tindakan melalui LDK.
  7. Teknik Demo.
  8. Pengetahuan Produk Pilihan.
  9. Halal Haram Dan Syubhah Dalam Makanan.
  10. Diagnosis Penyakit Melalui Saraf Tapak Tangan.
  11. Asas Perubatan JAWI.
  12. Qiammullail.
  13. Kuliah Subuh.
  14. Senaman Pernafasan.
  15. Bacaan Al Maathurat.
  16. Motivasi Niaga.

PENGISIAN PBC

Pengisian PBC ini disampaikan oleh Pengarah Jati Setia (PJS) dan mereka yang terpilih. Modul-modul ini menerapkan pelbagai ilmu MLM Syariah HPA kepada pengedar-pengedar baru untuk memulakan langkah yang tepat dan cepat untuk menjana pendapatan 5 angka dalam masa 5 bulan. Selain menyasarkan jualan produk-produk HPA di serata Malaysia, program ini turut mendedahkan keistimewaan herba-herba yang terdapat dalam produk unggul HPA iaitu Kopi Pra-campuran Radix.

Para peserta akan didedahkan dengan cara-cara membuat ‘Demo’ atau ‘Homeparty’ yang berkesan dan ini akan disusuli dengan perbincangan dalam kumpulan yang dikawal selia oleh PJS untuk mendapatkan strategi pemasaran produk dan pengurusan masa yang betul. Apa yang membuatkan modul-modul ini berbeza dengan perniagaan MLM yang lain adalah penerapan nilai-nilai dan prinsip-prinsip Islamiyah yang bermula dalam jiwa usahawan itu sendiri di mana ganjaran pasti menanti di hadapan di dunia mahupun di akhirat. InsyaALLAH.

Menjadi ahli HPA dengan membayar yuran penyertaan RM30 seumur hidup belum tentu memberi jaminan untuk kita berjaya sebagai usahawan HPA. Ramai yang menjadi pengguna dan pengamal produk sahaja. Mereka mungkin terlupa bahawa Pelan Pemasaran yang dikemukakan oleh HPA mampu membina diri kita sebagai jutawan HPA jika dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh.

Menjadi usahawan memerlukan ilmu perniagaan. Setakat tahu sahaja belum cukup sekiranya tidak disertakan dengan skil untuk berdagang, terutama dalam syarikat yang berniaga secara Multi Level Marketing (MLM). Selama 2 hari 1 malam dengan bayaran minimum sahaja, pengedar akan didedahkan dengan ilmu dan skil perniagaan yang mampu menjadikannya usahawan yang cukup berjaya jika dipraktikkan dengan betul.

BAGAIMANA HENDAK MENYERTAI PBC
  1. Daftar menjadi Ahli HPA seumur hidup dengan bayaran cuma RM30 dan dapatkan Kit Niaga yang dilengkapi dengan katalog produk dan lain-lain dokumen;
  2. Daftar sebagai peserta program PBC melalui penaja anda atau terus kepada penganjur PBC. Biasanya bayaran antara RM100 hingga RM180 sahaja (bergantung kepada tempat PBC diadakan) untuk 2 hari 1 malam;
  3. Hadiri program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) anjuran HPA. Anda akan didedahkan dengan profil syarikat, didedahkan dengan ilmu herba, halal haram, dibimbing dan dilatih mengenai gerak kerja perniagaan MLM Syariah HPA dan sebagainya.
  4. Selepas PBC, membuat pembelian minima 300NM pada bulan yang anda hadir program PBC atau pada bulan hadapannya. Peserta program PBC boleh mengumpul 300NM sebelum ke program PBC.

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

SEJARAH PBC

Program PBC atau PERKONGSIAN BIJAK CEMERLANG ini adalah kesinambungan daripada program PERKONGSIAN BIJAK ( PB ) yang mula diperkenalkan oleh HPA Industries Sdn Bhd pada 2 Disember, 2005.

Program PB yang pada asalnya 3 hari 2 malam ini diadakan adalah hasil dari cetusan idea Pengarah Urusan HPA itu sendiri yang ingin melihat pengedar-pengedar di bawah anak syarikatnya, Al Wahida Marketing Sdn Bhd mendapat bonus atau pendapatan yang lumayan seperti pengedar syarikat MLM yang lain.

Hasil daripada perbincangan dengan pemimpin-pemimpin HPA yang masih setia dan yang berpengalaman luas dalam MLM, maka Program Perkongsian Bijak atau ringkasnya PB telah diwujudkan dengan pihak HPA sendiri menjanjikan untuk menganugerahkan pangkat PENGURUS MELATI (PLX) dengan bonus 20% kepada setiap peserta program yang memenuhi syarat-syarat minima yang ditetapkan.

Sekitar tahun 2002, jualan bulanan HPA hanya sekitar RM200 ribu sebulan sahaja. Tidak sepertimana yang berlaku pada hari ini, alhamdulillah jualan bulanan domestik telah menjangkau RM15 sebulan. Cawangan Sungai Petani sahaja mampu mencatat jualan melebihi setengah juta Ringgit Malaysia sebulan. Pejuang dan usahawan HPA yang lahir selepas 2005 mungkin tidak mengalami pahit maung yang telah dilalui oleh pemimpin-pemimpin awal yang bersama HPA dalam era 90-an.

Apakah punca sebenar yang menyebabkan berlakunya lonjakan ini? Banyak faktor sebenarnya. Semua berperanan ke arah peningkatan jualan yang cukup membanggakan ini.

Salah satu faktor yang menjadi penyumbang kepada peningkatan jualan ini ialah Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC). PBC adalah medan baru bagi pemimpin-pemimpin HPA yang dimulakan sejak Disember 2005. Ia mampu menggerakkan pengedar untuk mengubah cara bekerja dan bertindak lalu lahir sebagai usahawan HPA. Dulu pun ramai juga usahawan yang lahir, tetapi tidak sehebat usahawan selepas adanya PBC. Ia adalah momentum baru yang menjulang kejayaan syarikat dan juga kecemerlangan pemimpin dan pengedar.

Fenomena ini berlaku kerana dalam program yang diadakan, peserta telah diberikan kesedaran, suntikan semangat dan pengalaman berharga dari pemimpin yang bersungguh-sungguh untuk membimbing mereka dengan modul-modul khas yang sangat menarik semua golongan.

Masakini, melalui program PBC ini ramai pengedar telah berjaya mencapai bonus 5 angka (>RM10,000 sebulan) dalam masa yang singkat sahaja.

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

SYARAT-SYARAT MENJADI PESERTA PBC

PENGURUSAN:

  1. Semua peserta diminta mengikuti kursus Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) dengan sepenuh hati dan kesungguhan.
  2. Para peserta diwajibkan mengikuti setiap modul yang telah ditetapkan dari awal hingga tamat dengan sempurna.
  3. Para peserta tidak dibenarkan sama sekali membawa anak-anak kecil ataupun bukan peserta ke dalam dewan kursus.
  4. Para peserta diwajibkan memakai tanda nama ‘Peserta PBC’ yang disediakan sepanjang kursus termasuk ketika berada di bilik jamuan.
  5. Hanya peserta yang berdaftar dibenarkan untuk menikmati jamuan. Sesiapa yang bukan peserta yang ingin makan bersama akan dikenakan bayaran mengikut kos setempat penganjuran kursus.
  6. Peserta yang meninggalkan mana-mana modul sepanjang program yang diadakan tanpa kebenaran rasmi tidak akan dikira sebagai peserta kursus PBC sekaligus tidak akan diberikan borang penyertaan PBC di penghujung kursus (tiada kenaikan pangkat PLX).
  7. Mana-mana peserta yang terpaksa meninggalkan kursus PBC atas sebab-sebab kecemasan perlulah melaporkannya kepada Pengarah Kursus PBC atau urusetia yang bertugas sebelum meninggalkan kursus.
  8. Peserta tidak dibenarkan memilih rakan sebilik sebaliknya akan ditetapkan oleh urusetia kursus PBC.
  9. Semua peserta diminta untuk mematikan nada dering telefon bimbit sepanjang kursus diadakan dan dinasihatkan agar tidak menggunakannya ketika mengikuti modul.

PAKAIAN:

  1. Para peserta diminta untuk memakai pakaian yang menutup aurat, kemas (lelaki dianjurkan untuk memakai kemeja, seluar slack & berkasut) dan beradab (menunjukkan akhlak Islam).
  2. Tidak digalakkan untuk memakai T-Shirt dan berselipar.
  3. Tidak dibenarkan memakai seluar ‘jeans’.

PARA PESERTA PERLULAH MEMATUHI PERATURAN-PERATURAN, ETIKA DAN ARAHAN YANG DIKELUARKAN URUSETIA KURSUS PBC SEPANJANG MENGIKUTI KURSUS INI.

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

GALERI / GAMBAR-GAMBAR PBC

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s