RESTOREN RADIX FRIED CHICKEN (RFC)

RESTOREN RADIX FRIED CHICKEN (RFC)

Kebanggaan ahli-ahli HPA seluruh Malaysia, khususnya di Melaka apabila RFC yang pertama di dalam mall iaitu MYDIN Ayer Keroh Melaka telah dirasmikan oleh Pengarah Urusan, Tn. Hj. Ismail Ahmad pada 24 Disember 2009 jam 10 pagi.

Terletak di tingkat satu yang bersebelahan surau dan ‘escalator’ menjadikan RFC berlokasi strategik. Menjadi tumpuan ramai sejak jam 9.30 pagi lagi, pemimpin dan ahli HPA dari Utara, Selatan dan Tengah sekitar 300 orang sama-sama meraikan majlis gilang-gemilang tersebut.

Antara pemimpin yang turut hadir adalah PJM Hafidzan, PJM Rosmandi, PJM Siti Habibah, PJS Hj. Marjuni, PJS Rahmat, PJS Roslina, PJS Fatin, PJS Siti Rahmah, PJS Rosjulila, PJS Shafie, PJS Zahirah, PJS Nasimah, PJS Fadhilah dan PJS Fauziah. Tetamu VIP yang hadir adalah Pengarah Urusan 2, Tn. Hj. Fisal, Pengurus Besar RFC, Ust Ahmad Adnan Fadzil, PJI Hjh Norhayati Yunus (pelabur), Pn. Famieza, Pn. Siti Hazliana dan Pn. Zaimah.

RFC KLUANG JOHOR

RFC KLUANG JOHOR

RFC KLUANG DIBUKA DENGAN RASMINYA PADA 24 OKTOBER, 2009. RFC KLUANG MERUPAKAN RFC YANG PERTAMA DI KAWASAN ZON SELATAN DAN SEBAGAI PERINTIS UNTUK LEBIH BANYAK LAGI RFC YANG AKAN DIDIRIKAN OLEH PIHAK HPA.

RESTOREN RFC KLUANG
NO. 63 & 65, JALAN RAMBUTAN
KLUANG BUSINESS CENTRE
KLUANG, JOHOR
(BERHADAPAN DENGAN KLUANG MALL)

RFC LAGUNA MERBOK SG. PETANI

RFC LAGUNA MERBOK SG. PETANI

RFC LAGUNA MERBOK SUNGAI PETANI 'DRIVE THRU'

RFC LAGUNA MERBOK SUNGAI PETANI 'DRIVE THRU'

RFC Laguna mula beroperasi hari ini 29 Jun dan cawangan ini merupakan yang paling lengkap berbanding dengan 2 cawangan RFC di Lagenda Height dan Alor Setar. RFC Laguna juga menyediakan perkhidmatan ‘drive-thru’ atau pandu lalu untuk kemudahan pelanggan yang kesuntukan masa atau ingin menikmati hidangan RFC bersama keluarga di rumah.

RFC ALOR SETAR 053

RFC ALOR SETAR

Restoran Radix Fried Chicken (RFC) Alor Setar:
No. 20, Jalan Shahab Perdana, 05150 Alor Setar, Kedah.

No tel: 04-7334717 / 047336717

RFC SUNGAI PETANI

RFC SUNGAI PETANI

Restoran Radix Fried Chicken (RFC) Sg Petani:

Lot 95-97, Jalan Lagenda 1, Legenda Height, Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

No. Tel: 04-4254717.

Emel: syedrfc@yahoo.com.my

Waktu Perniagaan RFC: 24 jam sehari. Dibuka setiap hari.

RADIX FRIED CHICKEN (RFC) SEBAGAI SATU ALTERNATIF

SELAIN DARIPADA KFC, KINI MUNCUL PULA RFC YANG MEMBERIKAN PILIHAN YANG SANGAT MENARIK KEPADA MASYARAKAT. RESTOREN YANG DIMILIKI SEPENUHNYA OLEH HPA MERUPAKAN TONGGAK KEBANGKITAN PRODUK HALAL DAN SUCI YANG DISOKONG OLEH LEBIH DARIPADA 500,000 ORANG AHLI-AHLINYA. SESUATU YANG MENARIK IALAH SUMBER BEKALAN AYAMNYA DIAMBIL DARIPADA HPA FARM YANG TELAH BERTUNGKUS LUMUS MENGHASILKAN AYAM ORGANIK, HALAL DAN SUCI DI PASARAN.

BERMULA DARIPADA PENYEDIAAN MAKANAN AYAM YANG HALAL, BEBAS DARIPADA PENGGUNAAN ANTIBIOTIK DAN BETA AGONIST IAITU ENZIM PENGGEMUK (MUSCLE GROWTH ENHANCER) YANG MERBAHAYA KEPADA KESIHATAN DAN DIRAGUI HALALNYA. SEMBELIHAN AYAM ORGANIK HPA TERPELIHARA HUKUM HAKAMNYA DAN SEHINGGALAH KE PENYIAPAN SAJIAN YANG TERSEDIA UNTUK DIMAKAN.

RFC MENGGUNAKAN SEMUA MENU BUATAN HPA SENDIRI SEPERTI RADIX COLA BAGI MENGGANTIKAN COCA COLA DAN REMPAHAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGHASILKAN AYAM RFC JUGA DIPROSES DENGAN RESEPI SENDIRI. DARIPADA SOS CILI, SOS TOMATO DAN SOS CILI THAI YANG JUGA DIHASILKAN DI KILANG HPA YANG TERLETAK DI SEMATANG, PERLIS SEHINGGALAH KEPADA AIS KRIM TOYYIBAH, SEMUANYA KELUARAN HPA SENDIRI.

APA YANG MENARIK LAGI IALAH AHLI-AHLI HPA YANG MAKAN DI RFC AKAN DIBERIKAN NILAI MATA (NM) SESUAI DENGAN PERNIAGAAN MLMS HPA. RFC JUGA MENAWARKAN PERNIAGAAN RFC UNTUK DI ‘FRANCHISE’ KAN KEPADA AHLI-AHLI YANG BERKELAYAKAN DAN BERMINAT MENERUSI PAKEJ RM1.5. JUTA. MENJELANG 2010, RFC BERHASRAT MEMPUNYAI 20 RANGKAIAN RESTORENNYA DI SELURUH MALAYSIA, INSYAALLAH. MEREKA YANG BERMINAT BOLAH BERHUBUNG DENGAN HJ. FISAL DI 013-5309717. TERIMA KASIH KEPADA SEMUA AHLI HPA.

PEJABAT PENGURUSAN RFC:

RADIX FRIED CHICKEN SDN. BHD.
NO. 113, TINGKAT 2, JALAN LAGENDA 4, LAGENDA HEIGHTS
08000 SUNGAI PETANI
KEDAH DARUL AMAN.
TEL: 04-4204713/14 FAKS: 04-4204715
EMAIL: hparfc@yahoo.com
LAMAN WEB: www.radixfriedchicken.com.my/


Comments
  1. jee says:

    Cepatlah buka kt KL atau Selangor. Teringin sgt. Kalau ada kt sini saya tak pergi kfc dahhhh….

    • hanimuddin says:

      INSYAALLAH TELAH ADA DALAM PERANCANGAN PIHAK HPA. BUAT MASA INI, RFC YANG TERDEKAT DENGAN KL DAN SELANGOR IALAH DI IPOH DAN MITC MELAKA

  2. fairul says:

    saya pun berharap restoren ini dpt dibuka cawangannya di KL. Susahlah nak pergi Ipoh atau Melaka semata2 hendak mkn ayam.

  3. saya rabaie bin mat dari syarikat hijau maju enterprise nak tanya saya amat berminat utk membuka restoran radix fried chicken di parit buntar perak.saya tak tau bermula dari mana.
    hijaumaju2010@yahoo.com

  4. nurul says:

    saya pernah mkn rfc di melaka..sedappp sgt..lg sedap dr kfc bg saya..cptla buka di shah alam..mengidamm

  5. Ustaz s says:

    Salam? sepemerhatian ana dlm laman web ni, ada 1/2 kekurangan yg perlu ditambah baik utk rujukan & maklumat pelanggan & pengguna. Disini ana memohon pihak pengurusan (admin) meletakkan nombor talifon cawangan-cawangan RFC diseluruh Malaysia bagi tujuan pengguna untuk membuat tempahan & sebagainya. Sekian..

    • hanimuddin says:

      TERIMA KASIH DI ATAS CADANGAN TERSEBUT. INSYAALLAH KAMI AKAN PERBAIKI DARIPADA MASA KE SEMASA SERTA MEMAPARKAN SEGALA MAKLUMAT YANG PERLU DIKETAHUI OLEH PEMBACA/PENGGUNA.

  6. ZAFRY B MOHD RADZALI says:

    TLG LA BUKA RFC DI KUALA LUMPUR KALAU BUKA DI KUALA LUMPUR PASTI SAYA AKAN DATANG SITU SAJA

    • hanimuddin says:

      RFC TELAH PUN DIBUKA DI SHAH ALAM (RFC SHAH ALAM);

      ALAMAT: NO.2, JALAN KRISTAL J7/J, SEKSYEN 7, 40000 SHAH ALAM (BERHADAPAN SEK REN AGAMA, SEKSYEN 7, SHAH ALAM)
      WAKTU OPERASI: ISNIN – KHAMIS (10.00 PAGI – 1.00 PAGI)
      JUMAAT – AHAD (10.00 PAGI – 12.00 TGH MALAM)

  7. Syah says:

    Assalamualaikum

    Saya ingin bertanya di sini, adakah RFC Melaka berpindah atau ditutup terus?

    • hanimuddin says:

      BUAT MASA INI RFC MITC MELAKA TELAH DITUTUP SEMENTARA PIHAK PENGURUSAN SEDANG MENCARI TEMPAT BARU. SEGALA PERTANYAAN & PERMASALAHAN BERKENAAN RFC BOLEH HUBUNGI 04-4427717

  8. kadri says:

    RFC mydin mitc melaka tutup?? bila?

    • hanimuddin says:

      BUAT MASA INI RFC MITC MELAKA TELAH DITUTUP SEMENTARA PIHAK PENGURUSAN MENCARI TEMPAT BARU. SEGALA PERTANYAAN & PERMASALAHAN BERKENAAN RFC BOLEH HUBUNGI 04-4427717

      • Peniaga produk Muslim says:

        Walaupun pihak admin sudah meninggalkan contact no. utk dihubungi bagi sesiapa yg ingin mendapat penjelasan lanjut berkaitan penutupan RFC cawangan MITC Ayer Keroh, saya amat berharap pihak admin menjelaskan perkara sebenar yg berlaku di blog/wordpress ini.

        Hanimuddin memaklumkan pihak pengurusan sedang mencari tempat baru. Persoalannya kenapa? Saya sanggup datang dari Lembah Klang ke Melaka semata-mata mahu makan di RFC. Bukan sekali, tapi dah 3-4 kali!

        Saya perhatikan lokasi di Ayer Keroh amat sesuai. Kenapa perlu mencari lokasi lain. Adakah sewa di Mydin Mall MITC Ayer Keroh terlalu mahal?

        Adakah jualan bulanan di RFC Ayer Keroh tidak mampu menampung kos sewa di Mydin Mall? Jualan kurangkah, atau bekalan selalu kehabisan, yg seterusnya menjatuhkan “volume” jualan?

        3-4 kali saya datang ke RFC Ayer Keroh, beberapa kali saya berdepan dgn situasi beberapa menu kehabisan (terutama ayam dan kopi Radix). Perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku. Selain menyebabkan pelanggan bosan berkunjung semula, masalah ini memberi imej kurang bijak mengendalikan bisnes, terutama dari kacamata pengunjung-pengunjung bukan Islam.

        Kita harus ingat. Bilangan pengunjung bukan Islam ke restoran RFC semakin bertambah, kerana mereka lebih “alert” dgn jaminan makanan organik.

        Maaf dgn teguran saya ini. Apa gunanya HPA memiliki menara yg gah bernilai jutaan ringgit di Shah Alam, kalau fasiliti asas dalam menjamin kelangsungan bisnes tidak diberi perhatian.

        Masalah bilik sejuk-beku (cold storage) bagi penyimpanan stok ayam organik, sudah selesaikah? Atau masih menumpang di cold storage 3rd party?

        Adakah pihak pengurusan tertinggi HPA ada memperuntukkan sejumlah besar wang bagi membina cold storage sendiri?

        Jika semua andaian saya diatas tidak benar, mohon jasa baik pihak admin mendedahkan dengan sejelas-jelasnya, tentang apa yg berlaku sebenarnya, disebalik penutupan RFC di Ayer Keroh.

      • hanimuddin says:

        TERIMA KASIH DI ATAS KOMEN DI ATAS. UTK INFO SEMUA PENGUNJUNG DAN PEMBACA BLOG INI, KAMI HANYA MENYAMPAIKAN MAKLUMAT2 YANG DIPEROLEHI DARIPADA PIHAK PENGURUSAN SHJ KERANA KAMI JUGA BERGANTUNG KPD MEREKA. SELAIN DARIPADA NO. TELEFON 04-4427717 (RFC HQ) ANDA JUGA BOLEH BERTANYA SECARA TERUS KPD PENGARAH URUSAN HPA DI http://www.facebook.com/pages/Tuan-Haji-Ismail-Ahmad/108007009218813

        UTK MAKLUMAN SEMUA, RFC SHAH ALAM TELAH PUN DIBUKA DI NO. 2, JALAN KRISTAL J7/J, SEKSYEN 7, 40000 SHAH ALAM (BERHADAPAN SEK REN AGAMA SEKSYEN 7 SHAH ALAM).

        TERIMA KASIH DI ATAS SAMBUTAN DAN SOKONGAN SEMUA

  9. kadri says:

    RFC KLUANG MASIH ADA KE?

  10. student yg x faham says:

    Assalamualaikum. Saya tak faham knpa pihak rfc sukar bg krjasama kpda student yg nk buat kajian tentang prdak muslim atau syrikat. Cntoh nya mcam saya sndri, hari tu saya dah hantar surat kpda DO rfc, tpi tak dilayan, knpa??? Bila saya call untuk dapat kan jwapan, diaorg just said maaf, kami sedang mmbuat msyuarat dan anda akan dmaklumkan nt. Kami akan call anda tapi smpai skarang tak pernah call saya. Dah bnyak kali saya call untuk dpatkan jwapan, tapi kecewa. Saya just nk tahu serba sedikit shja mklmat syrkat, ramai student yg kecewa dgn pihak syrkat, sedangkan kt org cuba nk promote rfc kpda stdent lain, harap perkara ini tak terjadi lagi la

  11. NUR FARA ANURA BT ANUAR says:

    rfc ipoh di mana?

  12. mimi says:

    salam.. masa sahur ramadhan, RFC laguna bukak x??

  13. masniza says:

    as salam..blh sy tau siapakah pngurus @ francisor RFC di shahab perdana alor setar?..

  14. mohd johari says:

    assalam.
    harap pihak tuan dapat membuka cawangan RFC baru di Bukit Beruntung,Rawang.Sebeb disini penduduk terpaksa ke Shah Alam.
    Terima kasih.

  15. livonia19 says:

    Bila seseorg tu dah berada d puncak,dia merasakan dirinye betul dlm segala2 hal..HPA naik kerana susu kambing nye & beberapa prodak lain yg menyusul kemudian..Owner hpa merasakan dia dah pndai mniaga & cukup hebat..Ada beberapa teguran yg d buat,dia tdk ambil peduli pun..
    Dia yakin dia jd kaya kerana kepandaian dia..Jd dia betul2 yakin RFC ni akn brjaya spt prduk HPA yg lain.Dia xtau sbnarnye HPA dia tu kaya krana nasib je..5thn dulu sy prnah tegur tentang RFC.tp smuanye sombong.,xnak terima..Sama lah sy tegur SEKINCHAN IKAN BAKAR.bila sy tegur kata 1hari nanti skchan ikan bkar ni akn tutup smua kdainye,,smua org ketawa..bosnye gah dgn biznye. Xnak trima teguran,, Smuanye nak tunjuk pandai hnya brbekalkan ilmu org kafir je.. Dlm quraan tuhan dah bgtau, “REZEKI TU HAK AKU, AKU BERI PD SIAPA YG AKU INGINKAN’ Faham atau tdk mksud ayat tu.. Dia dah kata Rezeki tu hak dia..Ilmu tu yg nak kena blajar dulu, Baru la tahu kenapa seseorg tu blh brjaya..Hanya ada beberapa org shj yg tau tentang ilmu ni.Slagi xtau tentang ilmu rezeki ni,jgn nak mendabik dada mngatakan diri kita pandai.. Setiap ilmu tu prlu d buktikan..Skrg ni HPA buktikan yg dia kaya krana pandai..Buktikan pd smua org,jdkan RFC ni popular & blh untung.. Buktikan yg sy ni salah & ilmu yg tuhan sediakan tu salah..Sy pun nak tahu juga mcmana hebatnye ilmu dunia ni..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s